FOTO Zainuz Fitri
FOTO Zainuz Fitri
Zainuz Fitri

Johor Bahru: Seramai 43 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan Polis Johor dalam serbuan ke atas dua premis hiburan di Taman Sentosa, di sini, 1 pagi tadi.

Pegawai Turus Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Deputi Superintenden Azli Abu Shah berkata, 30 anggota dan pegawai terbabit dalam operasi itu.

Katanya, serbuan ke atas premis pertama, pihaknya menahan 10 wanita Vietnam berusia lingkungan 20 hingga 30-an sedang melayan tetamu lelaki dalam keadaan berpakaian menjolok mata.

"Manakala dalam serbuan ke atas premis kedua, kami menahan 19 wanita Vietnam, 11 wanita China dan tiga dari Thailand kerana turut disyaki bekerja sebagai GRO," katanya ketika ditemui selepas operasi.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6 (2) Enakmen Hiburan Negeri Johor dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 39(B) Peraturan Imigresen 1963.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2016 @ 1:40 PM