Nasrul Amin meninggal dunia selepas terbabit kemalangan dengan dua kereta, awal pagi tadi. FOTO Rohaida Omar
Nasrul Amin meninggal dunia selepas terbabit kemalangan dengan dua kereta, awal pagi tadi. FOTO Rohaida Omar
Rohaida Omar

Kuala Krai: Penuntut institut pengajian tinggi (IPT) maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan dua lagi kereta di KM91 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Ragu, di sini, kira-kira 2.45 pagi tadi.

Nasrul Amin Mohammad, 20, dari Kampung Budi, di sini meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala dan pinggul.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila motosikal jenis Honda Wave 125 yang ditunggang mangsa dari arah Kuala Krai menghala ke Gua Musang dilanggar kereta Proton Iswara dipandu lelaki berusia 31 tahun.

Akibatnya mangsa tercampak dan dilanggar pula dengan Perodua Alza dipandu lelaki berusia 52 tahun dari arah bertentangan.

Pemandu kereta Proton Iswara cedera ringan, manakala pemandu Perodua Alza tidak cedera.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) di sini untuk dibedah siasat dan dituntut keluarga untuk pengebumian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Julai 2016 @ 2:10 PM