ANTARA kenderaan yang terbabik kemalangan menyebabkan 12 orang cedera. FOTO ihsan pembaca
ANTARA kenderaan yang terbabik kemalangan menyebabkan 12 orang cedera. FOTO ihsan pembaca
Ramli Ibrahim

SERAMAI 12 orang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 10 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Gua Musang, malam tadi.

Kelamangan 10.30 malam itu dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Renok Baru membabitkan Toyota Vios, Perodua Alza dan Toyota Corolla.

Mangsa berusia tiga hingga 75 tahun dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kejadian itu berlaku ketika Toyota Corolla dipandu lelaki, 19, dari arah Chiku 3 ke Gua Musang hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung erodua Alza dinaiki 10 sekeluarga dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai.

“Toyota Corolla terbabit bergesel kereta Toyota Vios sebelum bertembung dengan Perodua Alza.

“Kejadian itu mengakibatkan dua penumpang Perodua Alza tercampak keluar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) sebelum ada yang dirujuk ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Oktober 2019 @ 11:44 AM