SAMSUNG diiktiraf dengan Anugerah Produk Tahunan.
SAMSUNG diiktiraf dengan Anugerah Produk Tahunan.
myMetro

Kuala Lumpur: Samsung Malaysia Electronics (Samsung) mengumumkan dua produknya iaitu JS9000 dan JS8000 SUHD TV mesin basuh Activ DualWash diiktiraf sebagai Produk Tahunan 2016/2017 bagi kategori televisyen dan mesin basuh.

Acara Produk Tahunan anjuran Marketing Magazine adalah acara global yang dilaksanakan di 40 negara di mana ia mengiktiraf produk dan perkhidmatan inovasi terbaik daripada pelbagai segmen dan kategori berdasarkan undian pelanggan.

Ketua Pegawai Pemasaran Samsung, Elaine Soh berkata, syarikat akan terus berusaha menjadi peneraju membawa inovasi dan menjadikan teknologi lebih mudah digunakan bagi kehidupan lebih baik.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang terus mempercayai dan mengundi jenama ini pada Anugerah Produk Tahunan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kedua-dua produk inovatif iaitu Samsung SUHD TV dan Samsung Activ DualWash adalah sebahagian Tawaran Terbaik Samsung Raya di mana orang ramai berpeluang menikmati rebat dan hadiah percuma k sempena Aidilfitri bermula sekarang hingga 31 Julai ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Julai 2016 @ 5:07 AM