Aksi Scholes bersama United Legends. FOTO AFP
Aksi Scholes bersama United Legends. FOTO AFP
AFP

New Delhi: Pemain hebat Manchester United dan England Paul Scholes menandatangani kontrak selama tiga tahun beraksi dalam liga baru futsal di India yang akan bermula bulan depan, menurut kenyataan hari ini.

Edisi sulung Futsal Premier itu dimainkan dalam dewan dengan pemain menggunakan bola lebih kecil dan kurang melantun berbanding permainan biasa.

Kejohanan akan berlangsung bermula Julai 15-26.

"Futsal adalah format menarik memainkan peranan membentuk kemahiran sesetengah pemain bola sepak," kata Scholes, 41, dalam satu kenyataan.

"Futsal Premier akan menjadi cara hebat untuk memperkenalkan sukan itu kepada India.

“Saya tidak sabar untuk bertemu peminat di India yang saya tahu adalah antara paling meminati sukan itu," katanya.

Scholes memenangi 11 gelaran Liga Premier termasuk dua Liga Juara Juara sewaktu membuat lebih 700 penampilan bersama kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United sebelum bersara pada 2013.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Jun 2016 @ 9:31 PM