Pemain tengah Chelsea Kai Havertz (kanan) gagal beri impak kepada pasukan. FOTO Agensi
Pemain tengah Chelsea Kai Havertz (kanan) gagal beri impak kepada pasukan. FOTO Agensi
Agensi

London: Chelsea belum bersedia sepenuhnya untuk menang Liga Perdana musim ini tetapi mereka tidak perlu menunggu lama jika pemain muda skuad itu diberikan masa.

Itu adalah pandangan Paul Scholes selepas Wolves bangkit di hujung babak perlawanan untuk menewaskan skuad kendalian Frank Lampard yang mencatat kekalahan kedua berturut-turut sekali gus menafikan tempat di kedudukan teratas saingan liga.

Legenda Manchester United, Scholes percaya barisan tengah Chelsea mempamerkan aksi kurang kreatif ketika tewas 0-1 di Everton pada Sabtu lalu dan 1-2 di Molineux hari ini.

Scholes menaruh keyakinan kepada perancang tengah skuad Blues berusia 21 tahun, Mason Mount dan Kai Havertz begitu juga keputusan bijak Thiago Silva, 36, yang memilih menurunkan tanda tangan bersama kelab itu.

Scholes memberitahu kepada Amazon Prime Sport: "Saya fikir masalahnya adalah sikap kurang kreatif di barisan tengah.

"(N'Golo) Kante anda tahu apa yang akan dilakukannya tetapi dua pemain yang berada di sebelahnya adalah pemain muda - Mount dan Havertz.

"Mereka akan menjadi hebat tetapi saya fikir disebabkan itu mereka tidak akan menang liga tahun ini. Mereka tidak begitu bersedia."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Disember 2020 @ 11:29 PM