KOBBIE Mainoo. FOTO Agensi
KOBBIE Mainoo. FOTO Agensi
Agensi

London: Tonggak muda Manchester United, Kobbie Mainoo dijangka bakal menyerlah dan menjadi Paul Scholes seterusnya buat skuad The Red Devils itu.

Ramalan itu diluahkan bekas penyerang United, Louis Saha yang percaya pemain muda itu mampu muncul sebagai pemain terbaik buat kelab itu.

Malah, beliau turut berharap dia dapat meneruskan untuk mencontohi apa yang dilakukan oleh rakan sepasukannya di England, Jude Bellingham.

"Saya harap Kobbie Mainoo boleh menjadi seperti Jude Bellingham, yang bersinar di Real Madrid. Dia mempunyai kemahiran dan ketenangan dalam mengawal bola dan akan menyukarkan pihak lawan," kata Louis Saha.

Scholes, yang terkenal sebagai salah seorang pemain tengah terhebat Liga Perdana, telah memenangi 11 gelaran Liga Perdana dan menjuarai dua kali Liga Juara-Juara Eropah (UCL), sepanjang kariernya di Old Trafford.

Dia telah mendapat pujian daripada beberapa pemain hebat sewaktu bermain bersama United, malah bekas pemain dari Perancis, Zinedine Zidane, pernah mendakwa dia adalah salah satu lawan paling sukar yang pernah dihadapinya.

Menurut Louis Saha, Manchester United telah didorong oleh bakat muda yang luar biasa iaitu, Kobbie Mainoo, dan mendakwa pemain berusia 18 tahun itu untuk akan menjadi Scholes yang seterusnya di United.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 April 2024 @ 12:18 AM