Scholes (kiri) anggap pakaian Ljungberg tidak kena selaku pengendali sementara Arsenal. FOTO REUTERS
Scholes (kiri) anggap pakaian Ljungberg tidak kena selaku pengendali sementara Arsenal. FOTO REUTERS
Agensi

LEGENDA Manchester United Paul Scholes menghentam bos sementara Arsenal Freddie Ljungberg kerana tidak memakai sut ketika mengendali perlawanan pertamanya.

Scholes berkata legenda Gunners itu yang memilih untuk mengenakan ‘windbreaker’ dan baju t biru berbanding sut dan tali leher yang menunjukkan dia bukan ‘orang sesuai’ untuk menggantikan Unai Emery.

Arsenal terikat seri 2-2 di Norwich pada perlawanan pertama mereka selepas pengurus Sepanyol itu disingkirkan.

Bagaimanapun Scholes yakin fesyen ditunjukkan oleh Ljungberg sudah cukup untuk menggambarkan sama ada dia sesuai memikul tanggungjawab sepenuh masa bersama kelab utara London itu.

Wira Old Trafford itu memberitahu EPL Productions: "Anda mungkin memikirkan dia akan mengenakan sut untuk menunjukkan rasa bangga mengambil alih tugasan itu.

"Bagi saya permulaan yang baik - sut dan tali leher untuk menunjukkan disiplin yang baik.

"Saya tidak merasakan dia orang sesuai untuk Arsenal."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Disember 2019 @ 6:22 PM