Reuters

Lyon, Perancis: Jurulatih Romania Angel Iordanescu (gambar) merungut mengenai perubahan lokasi latihan apabila pemainnya tidak dibenarkan berlatih sehingga jam 8.30 malam waktu tempatan sehari sebelum perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Albania.

Kedua-dua pasukan perlu berlatih di padang lain untuk menjaga rumput di Stadium Lyon, yang sebelum ini dilanda hujan lebat minggu lalu termasuk hujan batu dengan mengganggu aksi antara Ireland Utara dan Ukraine Khamis lalu.

Iordanescu, bersama pasukannya menaiki kereta api dari Paris kelmarin, terkejut dengan perubahan itu dan dalam masa sama beliau perlu menghadiri sidang media praperlawanan di stadium berkenaan walaupun sesi latihan berlangsung di tempat lain.

“Ia menimbulkan beberapa kesukaran dan bermakna kami akan menghabiskan sesi latihan, berehat serta makan lewat sehari sebelum perlawanan,” katanya.

Albania hadir ke sidang media lebih awal dan memulakan sesi latihan jam 6.30 petang waktu tempatan. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Jun 2016 @ 9:49 AM