Penyerang Lyon, Moussa Dembele (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya ketika berdepan Saint-Etienne. FOTO AFP
Penyerang Lyon, Moussa Dembele (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya ketika berdepan Saint-Etienne. FOTO AFP
AFP

Decines-Charpieu, Perancis: Lyon mencatat kemenangan tipis ke atas Saint-Etienne, pagi ini, menerusi penalti minit ke-15 yang disempurnakan Moussa Dembele.

Pertembungan ke-124 membabitkan musuh tradisi itu memperlihatkan sama ada Lyon mampu bersaing dalam memburu tempat kelompok Eropah atau Saint-Etienne boleh terselamat daripada terus berada di kedudukan tercorot carta Ligue 1.

Lyon melonjak di tempat ke-10, enam mata di belakang pasukan tempat ketiga Marseille manakala kekalahan ketujuh berturut-turut Saint-Etienne menyaksikan mereka memerlukan enam mata untuk berada di zon selamat.

Lyon dijangka berdepan cabaran getir pada minggu akan datang apabila menentang lima pasukan di atas mereka iaitu Marseille, Monaco, Nice, Lens dan Lille.

Dembele dijatuhkan oleh Timothee Kolodziejczak pada minit ke-15 dan berjaya menyempurnakan penalti.

"Ia adalah keputusan yang sangat penting dan kami berhak memenanginya," kata jurulatih Lyon, Peter Bosz.

"Kami agak gementar kerana tidak dapat menjaringkan gol kedua. Berdepan pasukan baik kami sentiasa beraksi baik tetapi kami tewas kepada lawan yang sepatutnya lebih lemah berbanding kami.

"Kami mencipta beberapa peluang tetapi kami perlu lebih banyak menjaringkan gol dan beraksi baik sudah pasti."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 January 2022 @ 8:07 AM