Penyerang Lyon, Memphis Depay (kiri) dihalang pemain Brest pada aksi Ligue 1 Perancis. FOTO AFP
Penyerang Lyon, Memphis Depay (kiri) dihalang pemain Brest pada aksi Ligue 1 Perancis. FOTO AFP
AFP

Brest, Perancis: Lyon melonjak ke puncak Ligue 1 selepas memanfaatkan kesilapan dilakukan tuan rumah, Brest untuk mencatat kemenangan 3-2, pagi ini.

Lyon menguasai perlawanan apabila mendahului 3-0 menerusi Lucas Paqueta pada minit ke sembilan, Houssem Aouar minit ke-28 dan penalti disempurnakan Memphis Depay sebelum rehat separuh masa pertama.

Bagaimanapun, tuan rumah bangkit dengan gol di babak kedua oleh Brendan Chardonnet pada minit ke-52 dan Irvin Cardona 20 minit kemudian.

"Saya berpuas hati dengan kemenangan ini. Ia adalah dalam dua peringkat - separuh masa pertama dengan kelebihan kepada kami tetapi kami tidak mengekalkannya." kata jurulatih Lyon, Rudi Garcia.

"Kami bermain di padang, sentiasa bergerak. Pada babak kedua, kami jangkakan akan ada banyak tekanan daripada pemain Brest dan angin yang membantu sepakan dan serangan mereka."

Jurulatih Brest, Olivier Dall'Oglio pula berkata pasukannya menyesal dan kecewa.

"Berdepan pasukan seperti Lyon, kami sepatutnya tidak melakukan kesilapan ini. Kami melakukan kesilapan untuk gol pertama dan kedua."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Februari 2021 @ 8:07 AM