SANTOS (kanan) perlu congak strategi ampuh andai mahu benam Hungary.
SANTOS (kanan) perlu congak strategi ampuh andai mahu benam Hungary.
Reuters

Lyon, Perancis: Portugal pasukan paling banyak melakukan percubaan dalam dua perlawanan awal Euro 2016 namun mereka hanya menyumbat satu gol, dua mata dan kemungkinan bakal tersingkir awal.

Dilabel antara pasukan memiliki kehebatan teknikal dalam kalangan 24 pasukan, Portugal berjaya melakukan 50 percubaan dalam dua perlawanan membabitkan 17 percubaan tepat, 17 tersasar dan 16 dihalang.

Selepas Jerman, mereka juga pasukan yang mendominasi permainan dengan 62 peratus bagi setiap perlawanan.

Bagaimanapun penyudahan tumpul menyebabkan mereka berada di kedudukan tidak selamat di tangga ketiga menjelang pertembungan menentang Hungary dalam Kumpulan F esok.

Hanya kemenangan ke atas Hungary yang belum tewas setakat ini akan membolehkan mereka mara ke pusingan kedua tanpa bergantung kepada keputusan perlawanan lain.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Jun 2016 @ 8:28 AM