IHSAN pembaca HM
IHSAN pembaca HM
Muhaamad Hafis Nawawi


Alor Setar: Remaja maut manakala rakannya patah tangan kanan selepas kereta dipandunya terbabas, melanggar pembahagi jalan dan papan tanda di Titi Gajah, Kepala Batas, di sini, tengah malam tadi.

Kejadian berlaku pada kejadian 12.55 tengah malam.

Mangsa, Muhammad Syahir Hakimi Mat Zali, 17, yang memandu dikatakan bersama rakannya Muhammad Nazirul Izzat Ahmad Nozlan, 17, ketika itu dari Kepala Batas ke Alor Setar.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata kereta kemudian merempuh pembahagi jalan dan papan tanda berhampiran lokasi kejadian.

Menurutnya, akibat rempuhan itu, pemandu kereta terbabit yang mengalami cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang patah tangan kanan.

"Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasatan manakala penumpang yang cedera dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Jun 2016 @ 9:54 AM