KEADAAN kereta dinaiki mangsa yang remuk teruk selepas terbabit dalam kemalangan dengan lori.
KEADAAN kereta dinaiki mangsa yang remuk teruk selepas terbabit dalam kemalangan dengan lori.
Oleh Safuri Kamarudin


Baling: Seorang remaja maut manakala rakannya parah apabila Perodua Viva dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kupang-Gerik di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang, mangsa Ahmad Aasim Bahauldin, 18, yang juga penumpang maut akibat patah tengkuk dan kedua-dua kakinya.

Manakala pemandu kereta Muhammad Ainuddin Abdul Manaf, 19, turut cedera parah di kepala.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta berkenaan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori itu.

Bagaimanapun, pemandu lori dan kelindannya hanya mengalami kecederaan ringan.

Jurucakap polis berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Baling, manakala pemandu kereta yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Oktober 2014 @ 7:22 PM