Nazarali Saeril

nazarali@media prima.com.my

Madinah: Kira-kira 100 mahasiswa selain warga asing memeriahkan majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi Cawangan Madinah (PERSADA), dekat sini.

Yang DiPertuanya Muhammad Mursyid Al Amien berkata, ia tahun keempat program ini dianjurkan pihaknya dan kali kedua diadakan di depan Hotel Hilton Madinah.

"Sumbangan dikutip daripada rakan mahasiswa dan individu di negara ini selain Dubai. Melaluinya, kami gunakan wang berkenaan untuk menyediakan juadah berbuka seperti sandwich, donut, nasi putih bersama sup ayam dan aneka minuman.

"Ia sebahagian daripada usaha kami untuk memperkenalkan Malaysia kepada warga pelbagai negara sepanjang Ramadan di Madinah. Syukur kerana sambutan diterima amat menghasilkan," katanya.

Menurut Muhammad Mursyid, program ini akan diteruskan pada masa depan kerana selain mengeratkan silaturahim, ia membuktikan warga Malaysia di luar negara turut menyumbang kepada usaha menaikkan imej negara di mata dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Jun 2016 @ 12:31 AM
Warga Malaysia dan asing bersama-sama berbuka puasa. FOTO Nazarali Saeril
Warga Malaysia dan asing bersama-sama berbuka puasa. FOTO Nazarali Saeril