Oleh Ihsan Noorzali


Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar dengan kerjasama Kelab Pencak Silat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) me­nganjurkan Hari Terbuka Kolej Ungku Omar 2014 (HiTKUO14) baru-baru ini.

Majlis itu sempena ulang tahun ke-10 penubuhan kolej berkenaan.

Antara aktiviti ialah Kejuaraan Pencak Silat UPSI dan Jemputan Antarabangsa bersama penunggang motosikal berkuasa tinggi Kelab Al-I'tiraf, Bicara Siswa Bersama Ustazah Adibah Daie , Bicara Novelis bersama Ramlee Awang Mursyid, Bengkel Penulisan Novel Islamik bersama Bonda Nor serta Bicara Pencetus Ummah.

Program itu bagi melatih siswa meningkatkan kemahiran pengurusan, komunikasi serta berfikir secara kritis dan kreatif serta berfungsi sebagai platform warga kampus bertemu menjayakan aktiviti sosial secara sihat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 November 2014 @ 5:00 AM