CHE Ghazali (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO Hamzah Osman
CHE Ghazali (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO Hamzah Osman
Hamzah Osman


Langkawi: Dua puluh tiga individu termasuk dua wanita ditahan dalam Ops Jihad Perangi Dadah selama seminggu di sekitar pulau ini yang berakhir semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang berkata, dalam operasi sama pihaknya turut menahan empat tokan, selain merampas pelbagai jenis dadah

Katanya, mereka yang ditahan berusia antara 19 hingga 50 tahun termasuk dua warga Thailand.

"Empat tokan dadah berusia antara 34 dan 40 tahun juga ditahan bersama wang tunai berjumlah RM8,434 dipercayai hasil jualan dadah.

"Antara dadah yang dirampas termasuk 1.832 kilogram heroin, syabu (106.29 gram), cecair ketum (100 mililiter), pil kuda (84 biji) dan Eramin 5 (dua biji)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, di sini.

Katanya, ketika ditahan, kesemua suspek dipercayai positif pelbagai jenis dadah, malah terdapat segelintir mereka turut memiliki bahan terlarang itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Jun 2016 @ 5:17 PM