DUA wanita yang ditahan dan sebahagian dadah heroin yang dirampas polis dakam serbuan di sebuah bangunan kosong di Kampung Kelibang, Langkawi. FOTO Ihsan PDRM
DUA wanita yang ditahan dan sebahagian dadah heroin yang dirampas polis dakam serbuan di sebuah bangunan kosong di Kampung Kelibang, Langkawi. FOTO Ihsan PDRM
Hamzah Osman


CUBAAN dua wanita yang juga tokan dadah melarikan diri daripada polis ketika serbuan di premis kosong di Kampung Kelibang, Langkawi, gagal apabila mereka ditahan bersama sejumlah dadah jenis heroin semalam.

Dalam serbuan 2.45 petang itu, suspek wanita warga tempatan berusia 23 dan 26 tahun itu ditahan ketika sedang menunggu pelanggan untuk menjual dadah.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, wanita yang juga penganggur dilihat berada dalam keadaan mencurigakan itu dan cuba bertindak agresif dengan melarikan diri, sebelum ditahan.

“Pemeriksaan fizikal menemui menemui 15 keratan straw dan dua paket plastik lutsinar berisi dadah jenis heroin seberat 15.3 gram,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Iqbal berkata, siasatan awal mendapati suspek pertama berusia 23 tahun memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah bawah 39A(1) dan 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Manakala suspek kedua berusia 26 tahun pula turut memilik rekod jenayah sama bawah Seksyen 12(2) dan 15(1) ADB 1952.

“Bagi kes terbaharu, kedua-dua suspek ditahan reman dan disiasat bawah Seksyen 39B ADB 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2019 @ 10:40 AM