FATHIA minat dan kagum dengan aura dimiliki Erra.
FATHIA minat dan kagum dengan aura dimiliki Erra.
Rudy Imran Shamsudin


Impian pelakon popular, Fathia Latiff merakamkan gambar bersama aktres pujaannya, Erra Fazira khusus berdua akhirnya direalisasikan Selebriti Metro Ahad, baru-baru ini.

Sebelum ini memang Fathia pernah bergambar dengan Erra tetapi kesempatan untuk benar-benar foto mereka diabadikan berdua dalam sesi khas, tidak pernah diperoleh.

Fathia atau Nur Fathia Abdul Latiff, 28, akui sering bertemu aktres yang juga digelar primadona filem Melayu itu, tetapi dia tetap berasa gementar.

“Entahlah, saya sendiri tidak tahu mengapa. Memang kita punya ramai pelakon popular dan hebat. Malah saya sendiri bergelumang dalam dunia seni tetapi setiap kali berdiri di sisi Erra, saya berasa sangat kecil.

“Pada saya, beza Erra dengan pelakon popular dan ternama lain adalah aura. Dia memiliki aura yang tidak dimiliki artis lain dan kerana itu saya faham sekarang mengapa orang meletakkan tarafnya tinggi bagai primadona alaf baru,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Jun 2016 @ 5:03 AM