AHMAD Zahid bersama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) membeli juadah berbuka di Bazar Ramadan Arena Square. Turut kelihatan anak-anak calon Barisan Nasional Datin Mastura Mohd Yazid, Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il dan Wan Iskandar. FOTO Bernama

Yusmizal Dolah Aling

Kuala Kangsar: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa umat Islam supaya mengetepikan perbezaan dan bersatu di dalam Islam untuk mengecap kejayaan.

Katanya, ke arah merealisasikan hasrat itu beliau sendiri menubuhkan Majlis Perundingan Islam terdiri daripada individu pelbagai latar belakang untuk menyatukan agama.

"Marilah kita ketepikan perbezaan. Tidak kira ulama itu daripada parti sama ada profesional dan apa juga tapi mestilah ikhlas demi agama.

"Dalam keadaan inilah apa yang dilakukan kerajaan denfan pelbagai perubahan, transformasi bukan saja menerapkan nilai-nilai Islam, tetapi menghayati," katanya pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Ramadan Al Mubarak di Masjid Jamek Kampung Senggang di sini, hari ini.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dan asnaf serta geran hak milik tanah di Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Jun 2016 @ 8:47 PM