Firdaus Hashim


Melaka: Pengendali skuad Bawah 21 (B-21) Malaysia Frank Bernhardt menegaskan beliau sudah mempunyai muslihat tersendiri bagi memastikan kemenangan berpihak kepada pasukannya dalam aksi final Piala Negara-Negara menentang B-21 Thailand di Stadium Hang Jebat, malam ini.

“Selepas menyaksikan rakaman perlawanan antara Thailand dan Vietnam pagi tadi (pagi semalam), saya mengakui pasukan lawan bermain sebagai satu unit dan pergerakan mereka begitu teratur ketika melakukan serangan.

“Taktikal terbaik perlu saya rancang untuk mengekang segala ancaman yang bakal dilakukan pemain Thailand nanti.

“Disebabkan itu, saya sudah ada ramuan tersendiri bagaimana untuk menyekat mereka namun perkara yang penting bagi saya adalah kesemua pemain harus yakin dan mempamerkan aksi terbaik,” katanya ketika ditemui pada sidang media pra-perlawanan akhir, semalam.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Jun 2016 @ 5:16 AM