Syazwan Msar

Kuala Lumpur: Andai nama penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT) Farizal Marlias tersenarai dalam kesebelasan utama pada final Piala FA 2022 esok, sudah tentu ia bakal mencipta sejarah tersendiri buat pemain terbabit sejak berkecimpung dalam arena bola sepak.

Ini kerana, aksi final pada malam esok adalah kali pertama buat pemain berusia 36 tahun terbabit yang sebelum ini tidak diturunkan pada enam tahun lalu kerana berhadapan hukuman pergantungan.

"Saya sudah lama bersama JDT tetapi pada final Piala FA sebelum ini, saya digantung jadi ini (Piala FA 2022) adalah final pertama untuk saya, jadi secara peribadinya ia akan menjadi satu perlawanan yang istimewa buat saya jika diturunkan.

"Saya akan memberikan yang terbaik untuk membawa Piala FA ke bumi Johor," kata Farizal pada sidang media praperlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

RODRYGO (kanan) meraikan jaringannya.  FOTO AP
RODRYGO (kanan) meraikan jaringannya. FOTO AP

Pada edisi 2016, JDT merangkul Piala FA buat kali pertama selepas menundukkan PKNS FC 2-1 pada final di Stadium Shah Alam.

Mengulas lanjut persediaan pasukan menjelang sepak mula jam 9 malam esok, penjaga gol kebangsaan itu mengakui 'mood' pasukan berada pada tahap yang tertinggi dan semangat pemain berkobar-kobar untuk menghadapi perlawanan penting ini.

"Saya percaya semua pemain bersedia untuk beraksi pada malam esok. Kita lihat moral dan komitmen yang diberikan pemain juga sangat baik.

"Saya harap perkara baik seperti ini dapat dibawa untuk perlawanan final nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2022 @ 3:02 PM