GAMBAR hiasan, suasana di Noukchott, ibu negara Mauritania.
GAMBAR hiasan, suasana di Noukchott, ibu negara Mauritania.

Nouakchott: Sekurang-kurangnya lapan wanita warga emas mati dalam kejadian rempuhan ketika beratur untuk menerima zakat daripada seorang ahli perniagaan kaya, Zeine Abidine Ould Cheikh Ahmed.

Sumber hospital di ibu negara Mauritania ini berkata, lebih 20 yang lain cedera.

Kejadian berlaku ketika ratusan penduduk miskin lelaki dan perempuan menanti untuk menerima wang zakat kira-kira RM120 seorang.

Keadaan menjadi tidak terkawal dan penganjur gagal mengelak bencana daripada berlaku.

Di Mauritania yang majoriti penduduknya beragama Islam, golongan kaya mengagihkan zakat secara langsung, tidak seperti di kebanyakan negara Islam, tugas itu dilakukan oleh pihak berkuasa.

Jurucakap Zeine Abidine, Mohamed Mahmoud Issa berkata, ahli perniagaan berkenaan menziarah keluarga mangsa yang terbunuh dan menyerahkan kira-kira RM50,000 kepada mereka. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Jun 2016 @ 9:17 AM