MOHD Hanafiah dan Mutiara menunjukkan cek yang diterima. Gambar kecil, keadaan rumah didiami keluarga Mohd Hanafiah.
MOHD Hanafiah dan Mutiara menunjukkan cek yang diterima. Gambar kecil, keadaan rumah didiami keluarga Mohd Hanafiah.
Hazira Ahmad Zaidi


Kota Bharu: Mereka tidak kaya, malah kemiskinan hidup menyebabkan sekeluarga dari Tanah Merah itu mengikat perut kerana tidak mempunyai makanan yang cukup.

Namun, penderitaan itu tidak pernah menghalang mereka bersedekah, malah turut memperuntukkan sebahagian daripada wang zakat untuk membantu orang yang lebih memerlukan daripada mereka.

Mohd Hanafiah Hassan, 36, dan isteri Mutiara Omar, 29, memberi sedekah RM500 daripada wang zakat berjumlah RM2,000 yang diterima daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kepada Pertubuhan Kebajikan Pergerakan Adil (PKPA).

Menurut mereka, niat untuk bersedekah itu sudah lama tertanam di hati, namun baru semalam dapat direalisasikan apabila menerima wang bantuan daripada MAIK.

Lagipun, Mohd Hanafiah berkata, PKPA banyak membantu dia dan keluarganya sebelum ini termasuk berusaha mendapatkan bantuan zakat sehinggalah permohonan itu diluluskan dalam tempoh singkat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mei 2016 @ 8:18 AM