PESERTA Cabaran Golf Garuda Indonesia 2014 bergambar kenangan sebelum memulakan aksi.
PESERTA Cabaran Golf Garuda Indonesia 2014 bergambar kenangan sebelum memulakan aksi.
Oleh Zaini Salihin

Kuala Lumpur: Pusingan kelayakan keenam dan terakhir Cabaran Golf Garuda Indonesia 2014 menyaksikan dua lagi peserta menempah tiket ke pusingan Grand Final.

Kejohanan dua hari itu berlangsung di Emeralda Golf & Country Club dan Damai Indah Golf, BSD Course baru-baru ini.

Bekas penjaga gol bola sepak kebangsaan, Azmi Mahmud muncul juara kategori gross dengan menewaskan 141 peserta lain.

Azmi, 39 memulakan cabaran hari pertama dengan kurang memberangsangkan apabila sekadar mencatatkan 80 pukulan.

Bagaimanapun pada hari kedua pemain handicap 4 itu bermain cemerlang, membuat catatan 73 pukulan untuk mengumpul 153 pukulan keseluruhan.

Pusingan akhir berlangsung di Bali pada 9–12 Januari. Turut layak ialah Nazri Junus walaupun sekadar menduduki tempat kedua pusingan kelayakan kategori nett dengan mengumpul 126 pukulan.

Nurul Mahbub Rahmat yang muncul juara dengan 121 pukulan sudah menempah tiket ke Grand Final sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Disember 2014 @ 8:09 AM