Kuala Lumpur: Pasukan Balikpapan dari Indonesia mengungguli Kejohanan Tahunan Golf Dunia Berpasukan (WAITGC 2014) pusingan kelayakan keenam di Kelab Golf Kota Permai dan Kelab Golf Perkhidmatan Awam baru-baru ini.

Pasukan Balikpapan A yang membariskan Sudirman (handikap 1), Joyo Kadir (1) Subari ( 9) dan Jemmy (12) muncul juara kategori gross dengan mengumpul 927 pukulan.

Tempat kedua milik Boleh-boleh dari Australia yang diwakili David Haas (5), Trever Hickey (4), Micheal Yong (7) dan Paul Hibberd (7) dengan 964 pukulan. Pasukan Morgan dari Brunei ketiga dengan 992 pukulan.

Indonesia terus unggul kategori stableford apabila Pasukan Balikpapan B muncul juara dengan mengumpul 438 mata mengatasi Kabak Kabak Karz dari Brunei kedua 421 mata.

Kelima-lima pasukan ini menjadi pasukan terakhir layak beraksi di Grand Final yang akan diadakan di Melaka pada 17-20 November ini.

Hadiah disampaikan Saidi Bundan, Pengarah Pembangunan Industri Pelancongan Tourism Malaysia Saidi Bundan. Hadir sama Presiden MGA Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor dan Presiden WGMAM Mohd Rom Muslim.

Kejohanan empat hari itu berjaya menarik 29 pasukan iaitu 17 dari Australia dan empat masing-masing dari Brunei, Indonesia dan Hong Kong.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Oktober 2014 @ 1:17 AM