SUSPEK lelaki ditahan orang awam sebelum diserah kepada polis. FOTO ihsan pembaca
SUSPEK lelaki ditahan orang awam sebelum diserah kepada polis. FOTO ihsan pembaca
Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Lelaki dipercayai cuba mencuri selepas memecah masuk masjid di Bachang, di sini, ditahan orang awam sebelum diserah kepada polis, awal pagi tadi.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, lelaki berusia 25 tahun beralamat di Peringgit, di sini, ditangkap kariah masjid terbabit dan dipercayai sudah memecah masuk masjid terbabit lebih daripada dua kali.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, suspek yang ditahan itu mempunyai lima rekod jenayah dan dadah.

"Suspek dirujuk ke mahkamah untuk perintah reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Jun 2016 @ 11:02 AM