Kedai barang kemas yang dipecah masuk. FOTO Zuhairi Zuber
Kedai barang kemas yang dipecah masuk. FOTO Zuhairi Zuber
Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Peniaga barang kemas di Jalan Laksamana, di sini, kerugian kira-kira RM150,000 selepas 90 peratus barang kemas dalam peti besi kedainya dilarikan penjenayah yang memecah masuk premis, sekitar 10 malam hingga 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, dipercayai lebih dari seorang penjenayah terbabit dalam pecah masuk kedai itu.

"Berdasarkan siasatan awal, kita percaya suspek memecah masuk kedai emas melalui bangunan sebelah dengan menyelinap menerusi siling di tingkat satu bangunan," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat serta mencurigai mana-mana individu diminta tampil membantu polis menjalankan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Mac 2016 @ 5:34 PM