KEADAAN lelaki itu sebelum diselamatkan. Gambar kanan, anggota penyelamat terpaksa memotong mesin basuh itu.
KEADAAN lelaki itu sebelum diselamatkan. Gambar kanan, anggota penyelamat terpaksa memotong mesin basuh itu.
Agensi

Fuji: Kanak-kanak terperangkap di dalam mesin basuh sudah banyak berlaku.

Tetapi di Fuji, China, keadaan itu berlaku pada seorang lelaki dewasa.

Menurut laporan, lelaki malang itu yang cuba membaiki mesin basuhnya memasukkan kepalanya ke dalam mesin separuh automatik itu.

Dia bagaimanapun tersangkut dalam mesin berkenaan dengan kepalanya di dalam.

Mujur beberapa rakan sebiliknya menyedari keadaan yang dihadapinya dan mematikan suis mesin itu sebelum cuba menariknya keluar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Jun 2016 @ 8:11 AM