TENANG dan lakukan kaedah bijak untuk melarikan diri.
TENANG dan lakukan kaedah bijak untuk melarikan diri.
TENANG dan lakukan kaedah bijak untuk melarikan diri.
TENANG dan lakukan kaedah bijak untuk melarikan diri.
TENANG dan lakukan kaedah bijak untuk melarikan diri.
TENANG dan lakukan kaedah bijak untuk melarikan diri.
TENANG dan lakukan kaedah bijak untuk melarikan diri.
TENANG dan lakukan kaedah bijak untuk melarikan diri.
Hajahfarhana Tarmudi


Apa akan kita lakukan apabila berdepan situasi bahaya seperti ragut, cabul dan jenayah lain yang boleh membahayakan nyawa sendiri ataupun ahli keluarga?

Pertama, pasti kita panik dan tertekan hingga menyebabkan seluruh badan lemah dan ada kalanya mencetus pemikiran yang kurang bijak ketika berhadapan penjenayah.

Tidak kurang juga yang berasa ego dengan melawan penjenayah tanpa menyedari tindakan itu hanya akan menyebabkan kebarangkalian dicederakan meningkat kerana menunjukkan reaksi ‘bersedia’ untuk berlawan.

Itu bagi orang dewasa. Bagaimana pula reaksi kanak-kanak apabila mereka berdepan ancaman? Adakah mereka menjerit, meronta, berdiam diri atau termakan pujukan?

Di sini, peranan semua pihak sangat penting terutama ibu bapa dan masyarakat bagi membantu mencegah risiko berlakunya kes jenayah membabitkan kanak-kanak sebagai mangsa.

Bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan kanak-kanak mengenai keselamatan diri dan cara untuk kekal selamat di mana saja, The Royale Chulan Damansara bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil inisiatif mengadakan bengkel yang membabitkan kira-kira 250 pelajar daripada 40 sekolah.

Bengkel kesedaran itu turut dihadiri Ketua Balai Polis Damansara Utama Asisten Superintendan Polis (ASP) Najib Hamzah. Kehadiran Pakar Kriminologi dan Perunding Keselamatan Peribadi KickStart Academy Master Saiful Hamiruzzaman yang berkongsi ilmu dengan pelajar sekolah mengenai teknik mudah menyelamatkan diri apabila berdepan situasi bahaya turut memeriahkan suasana.

Menurut Pengurus Besar The Royale Chulan Damansara, Julian Blaydes, bengkel berkenaan adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakan berdasarkan situasi kes jenayah semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak.

“Begitu membimbang­kan apabila kita melihat peningkatan kes jenayah yang membabitkan kanak-kanak sebagai mangsa. Kita sebagai sebahagian daripada masyarakat perlu melakukan usaha dan berkongsi maklumat berguna bagi membantu menjaga keselamatan mereka.

“Jika tahap kesedaran dalam masyarakat hari ini dapat ditingkatkan, kita boleh mencegah dan mengelakkan situasi berbahaya yang mengancam kanak-kanak,” katanya.

Ujarnya, semua anggota masyarakat perlu bekerjasama mewujudkan kawasan yang selamat untuk kanak-kanak melakukan aktiviti digemari seperti bermain mahupun ketika berada di sekolah.

Selain itu, program berkenaan juga membantu memastikan kanak-kanak sentiasa mengambil berat mengenai keadaan dan keselamatan di sekeliling mereka untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa jenayah.

Ajar teknik mudah

Kata orang, malang tidak berbau. Begitu juga dengan jenayah. Ia boleh berlaku di rumah, sekolah, pusat beli-belah atau di mana saja - jika ada ruang dan peluang, terutama apabila kita berseorangan dan jauh daripada kelompok yang ramai.

Disebabkan keselamatan diri adalah tanggungjawab sendiri, kita perlu sentiasa bijak dan mengambil berat mengenai kaedah yang boleh dilakukan ketika berdepan situasi mencemaskan itu.

Pelbagai cara mudah berbanding teknik melawan boleh digunakan bagi memastikan nyawa selamat dan mengelakkan diri daripada tercedera.

Jelas Master Saiful Hamiruzzaman, melawan hanya akan meningkatkan risiko untuk tercedera dan kebarangkalian menyebabkan kematian sangat tinggi jika penjenayah memiliki senjata.

“Apabila berdepan situasi bahaya, jangan fikir untuk melawan sebaliknya gunakan cara yang bijak dan mudah. Pastikan diri dalam keadaan yang tenang sebelum mencari peluang dan ruang untuk larikan diri ke tempat selamat berbanding menunggu atau bertindak mempertahankan diri.

“Ajar anak teknik ‘lari selamatkan diri’ apabila berdepan individu yang tidak dikenali atau berkelakuan mencurigakan. Biarpun memiliki ilmu seni mempertahankan diri, panik boleh menyebabkan kita lupa banyak perkara. Dalam keadaan panik juga biasanya kita menunjukkan kelakuan atau reaksi jauh berbeza daripada kaedah sebenar yang dipelajari,” katanya.

Justeru, lari menyelamatkan diri adalah cara terbaik yang perlu diterapkan dalam minda kanak-kanak untuk menjauhkan diri daripada cengkaman penjenayah apatah lagi dalam keadaan sekarang apabila kebanyakan ibu bapa keluar bekerja dan meninggalkan anak bersama pembantu rumah atau pengasuh.

Sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa disarankan untuk sentiasa memastikan peralatan penting di rumah seperti telefon atau kunci rumah berfungsi sepanjang masa.

Pada masa sama, sentiasa ambil tahu maklumat terkini mengenai kes jenayah yang berlaku di kawasan kediaman anda dengan mengunjungi balai polis berdekatan.

Pastikan anda sekeluarga tahu nombor telefon balai polis berdekatan untuk meminta bantuan jika berlaku kejadian jenayah yang tidak disangka. Lebih baik jika senarai nombor telefon yang penting ini dilekatkan pada papan notis di rumah supaya ia mudah dilihat dan dihafal.

“Jika kita sudah bersedia dengan maklumat berkenaan dan jenayah masih berlaku, di sini kita boleh gunakan cara yang bijak untuk berhadapan dengan penjenayah.

“Gunakan cara komunikasi ringkas dan bijak seperti ‘berhenti’ atau ‘sabar’ dengan nada lembut kepada penjenayah jika mereka mahu menyentuh dan mengugut anda, namun pastikan diri sentiasa dalam keadaan tenang.

“Elak daripada menggunakan perkataan yang boleh membangkitkan kemarahan penjenayah kerana ia bukan tindakan bijak dan hanya menyebabkan reaksinya menjadi lebih agresif hingga mendatangkan kecederaan kepada anda,” katanya.

Namun, jika penjenayah masih tidak mahu melepaskan mangsa sebaiknya buat kaedah yang senang seperti meronta, menggigit, memijak atau menampar berbanding menumbuk untuk melepaskan diri.

Ujarnya, 80 peratus mangsa jenayah keganasan adalah lelaki kerana sifat ego dan reaksi yang suka melawan berbanding wanita. Justeru, tidak ada kebaikan jika melawan atau mencabar penjenayah kerana ia hanya akan mencederakan diri sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mei 2016 @ 1:31 PM