Manila: Taufan Hagupit semakin kuat ketika menghampiri Filipina sebelum dijangka melanda tengah negara itu, esok.

Agensi kaji cuaca memberi amaran Hagupit yang kini bergerak dengan kelajuan angin 230 kilometer sejam dari Laut Pasifik menjadi semakin kuat apabila mendekati Filipina seterusnya menimbulkan kebimbangan membawa kesan buruk terutama ke atas kawasan penduduk miskin di kawasan laluannya.

Presiden Benigno Aquino yang dirakamkan secara langsung ketika menghadiri mesyuarat dengan ketua-ketua agensi bencana negara itu mengingatkan semua pihak supaya bersedia.

Hagupit masih berada 800 kilometer dari Filipina menyebabkan lokasi ia mendarat tidak dapat dikenal pasti malah kerajaan juga belum mengeluarkan arahan untuk penduduk berpindah.

Bagaimanapun, agensi bencana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Orla Fagan berkata, Hagupit dibimbangi memberi kesan terhadap kawasan dengan 4.5 juta penduduk di Filipina. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Disember 2014 @ 8:12 AM