KERJA membawa keluar bangkai  pesawat TUDM yang terhempas di Kampung Pandan Dalam.
KERJA membawa keluar bangkai pesawat TUDM yang terhempas di Kampung Pandan Dalam.
Shahrinnahar Latib


Pekan: Bangkai pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Aermacchi MB339CM yang terhempas di kawasan sawah di Kampung Pandan Dalam, Nenasi, dekat sini, Selasa lalu, dibawa keluar dari lokasi kejadian, semalam.

Operasi membawa keluar bangkai pesawat buatan Itali itu dilakukan selepas kerja membuat laluan 500 meter ke tempat kejadian untuk membolehkan lori masuk selesai.

Tinjauan Harian Metro mendapati, kerja membuat laluan sementara dimulakan sejak jam 8 pagi membabitkan dua jentera pengorek dan sebuah jentolak.

Kerja mengangkat komponen itu menggunakan tiga lori milik TUDM serta Tentera Darat dan diangkut keluar melalui Kampung Serun sejauh enam kilometer selesai jam 7 malam.

Bangkai pesawat berkenaan dipotong kepada beberapa bahagian disebabkan terlalu besar untuk dimuatkan ke dalam lori sebelum dibawa ke Pangkalan Udara TUDM di Kuantan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mei 2016 @ 9:29 AM