PETUGAS khas TUDM mengeluarkan bangkai pesawat. FOTO Farizul Hafiz Awang
PETUGAS khas TUDM mengeluarkan bangkai pesawat. FOTO Farizul Hafiz Awang
Shahrinnahar Latib


Pekan: Operasi membawa keluar bangkai pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Aermacchi MB339CM yang terhempas di Nenasi bermula selepas kerja membuat jalan selesai.

Seawal 8 pagi, kerja-kerja membuat jalan membabitkan dua jentera pengorek dan jentolak itu dengan kerjasama TUDM dan Tentera Darat.

Keadaan tanah yang lembut dan tiada jalan khusus menyebabkan kenderaan berat sukar memasuki kawasan berkenaan ditambah faktor jarak lokasi kejadian dengan jalan utama kira-kira lima kilometer.

Difahamkan, bangkai pesawat berkenaan dipotong menjadi komponen kecil sebelum dibawa menaiki sebuah lori yang disediakan.

Dalam kejadian 12.52 tengah hari Selasa lalu, dua kru sempat keluar dari pesawat berkenaan menggunakan kerusi anjal.

Difahamkan, pesawat itu terhempas disebabkan masalah enjin.

Berikta berkaitan

Pesawat latihan TUDM terhempas

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mei 2016 @ 3:14 PM