Masalah teknikal punca pesawat terhempas. FOTo ihsan bomba
Masalah teknikal punca pesawat terhempas. FOTo ihsan bomba
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mengemudi pesawat jenis Aermacchi MB339CM yang terhempas di kawasan sawah, dekat Kampung Serum, Pekan, ketika latihan tengah hari tadi, selamat selepas menggunakan kerusi anjal untuk keluar dari pesawat itu.

Menurut kenyataan dikeluarkan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, pesawat berkenaan mengalami masalah teknikal.

Katanya, pesawat yang berpangkalan di Pangkalan Udara Kuantan mengalami masalah teknikal ketika membuat penerbangan latihan pada 12.54 tengah hari tadi.

"TUDM akan menubuhkan lembaga penyiasatan bagi menyiasat punca kemalangan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mei 2016 @ 2:37 PM