Roslan memeriksa Perbarisan sempena Tamat Latihan Prajurit Muda Udara  Siri 54/2016 di Institut Latihan Tentera Udara Ipoh. FOTO L Manimaran
Roslan memeriksa Perbarisan sempena Tamat Latihan Prajurit Muda Udara Siri 54/2016 di Institut Latihan Tentera Udara Ipoh. FOTO L Manimaran
Mohd Hafizee Mohd Arop

Ipoh: Siasatan terperinci dijalankan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi mengenal pasti punca nahas pesawat Aermacchii MB339CM di Pekan, Pahang, Selasa lalu.

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Roslan Saad berkata, siasatan dijalankan itu dijangka mengambil sedikit masa berikutan perlu dilakukan secara menyeluruh merangkumi pelbagai aspek.

Katanya, punca awal pesawat itu terhempas dipercayai menjurus kepada masalah teknikal namun siasatan terperinci perlu dijalankan daripada semua aspek.

"Siasatan terperinci ini merangkumi keseluruhan pesawat dari enjin serta keadaan teknikal pesawat dan disebabkan itu ia mungkin mengambil sedikit masa untuk mengetahui punca sebenar nahas itu.

"Bangkai pesawat sudah dibawa balik dan kita bersyukur kerana nahas itu tidak membabitkan kehilangan nyawa," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara Siri 54/2016 di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mei 2016 @ 2:18 PM