DATUK Seri Hishammuddin Hussein (dua dari kiri) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (kiri); Panglima Tentera Darat (kanan) dan Panglima Medan Tentera Darat (dua dari kanan) ketika hadir meninjau operasi dan kawalan di Marker November, Gerik, Perak. FOTO Danial Saad

Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Gerik: Indonesia berjanji akan menyelesaikan isu berkaitan jet pejuang F-16 Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara yang membuat identifikasi visual keatas Pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sabtu lalu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, beliau sudah menghubungi rakan sejawatnya, Ryamizard Ryacudu semalam untuk mendapatkan persetujuan menyelesaikan insiden ini.

"Saya sudah meneliti laporan penuh berhubung insiden ini dan mendapati pesawat kita berada dalam laluan udara yang dibenarkan, selain pesawat kita berhak untuk berada di laluan berkenaan.

"Saya sudah menghubungi Menteri Pertahanan Indonesia (Ryamizard) sebanyak dua kali bagi membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut semalam,"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Marker November dan Markas Taktikal 749 Kem Sri Banding di sini, semalam.

Ahad lalu, pesawat Charlie C130 milik Kerajaan Malaysia dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang ke Labuan dipintas dua jet pejuang Kerajaan Indonesia ketika berada di laluan berhampiran Pulau Natuna, Indonesia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Jun 2016 @ 10:42 AM