BERNHARDT (empat dari kiri) memantau latihan pemain di Wisma FAM, semalam.
BERNHARDT (empat dari kiri) memantau latihan pemain di Wisma FAM, semalam.
Firdaus Hashim


Kelana Jaya : Misi membentuk sebuah pasukan mantap menjelang saingan sebenar Sukan SEA di Kuala Lumpur tahun depan diteruskan pengendali skuad Projek Sukan SEA 2017, Frank Bernhardt apabila mengendalikan sesi latihan fasa ketiga di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), di sini, semalam.

Seperti dijanjikan bekas pengendali remaja Estonia itu latihan kali ini membabitkan 25 muka baru yang rata-ratanya beraksi dalam saingan Liga Perdana, Liga FAM dan Piala Presiden.

Katanya, selepas berpuas hati dengan persembahan pasukannya ketika mengharungi dua aksi persahabatan bertemu skuad Bawah 22 Filipina dan pasukan kebangsaan Nepal Mac lalu, Bernhardt kini bercadang meluaskan skop pencariannya dengan menguji kelompok pemain berkenaan.

“Hari ini (petang semalam) adalah sesi latihan pertama. Jadi saya masih belum dapat melihat kelebihan dimiliki setiap pemain yang hadir.

“Saya masih mencari beberapa pemain untuk diserapkan dalam pasukan dan pemilihan pemain yang dilakukan bukan hanya tertumpu kepada mereka beraksi dalam Liga Super tapi saya mahu melihat secara keseluruhan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mei 2016 @ 5:42 AM