BERNHARDT tegaskan hanya yang terbaik akan disenaraikan ke Piala Negara-Negara.
BERNHARDT tegaskan hanya yang terbaik akan disenaraikan ke Piala Negara-Negara.
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Tiada layanan bertaraf VVIP buat semua pelatih skuad Projek Sukan SEA 2017 dengan Frank Bernhardt menegaskan hanya yang terbaik saja akan disenaraikan bagi menghadapi saingan Piala Negara-Negara di Melaka pada 3 dan 5 Jun ini.

Menurut pengendali dari Jerman itu, daripada kelompok pemain yang akan dibawa, kemungkinan barisan itu adalah pasukan bayangan yang akan menggalas cabaran negara pada temasya dwitahunan itu dengan Malaysia menyasarkan untuk menggenggam pingat emas.

Justeru, persediaan awal ke arah itu sedang giat dilakukan oleh Bernhardt dengan menjadikan saingan di Melaka sebagai medan penilaian terbaik buat pasukan.

“Sebelum ini kami (barisan kejurulatihan) sudah memanggil pemain dari Liga Perdana, Liga FAM dan Piala Presiden pada latihan pusat ketiga tempoh hari.

“Namun agak mengecewakan apabila prestasi yang saya harapkan tidak menepati sasaran saya. Dari permulaan pemain sudah tahu latihan ini untuk apa, di mana mereka boleh menyertai pasukan jika menunjukkan prestasi yang baik.

“Jika lakukannya dengan baik mereka berpeluang, tapi prestasi mereka tidak cukup baik. Menjelang kem latihan penuh bermula 23 Mei ini, saya mahu pemain yang dipanggil nanti benar-benar bersedia dan jangan ambil mudah jika mahu tersenarai,” katanya kepada Arena Metro.

Mengulas saingan di Melaka bulan depan, bekas jurulatih remaja Estonia itu mengganggap penyertaan pasukan negara di kejohanan Piala Negara-Negara itu amat baik terutama sebagai pendedahan berguna buat pemain.

“Saya mahu melihat pemain beraksi lebih baik daripada dua aksi persahabatan sebelum ini ketika menentang Filipina (skuad bawah 22) dan Nepal (skuad senior).

“Biarpun saya puas hati sebelum ini, saya ingin pasukan meningkatkan lagi persembahan dengan mengamalkan corak permainan yang saya mahukan,” kata

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mei 2016 @ 11:32 AM