ANGGOTA polis menenangkan seorang lelaki ketika proses pemindahan di stesen metro Stalingrad.
ANGGOTA polis menenangkan seorang lelaki ketika proses pemindahan di stesen metro Stalingrad.

Paris: Polis memindahkan lebih 1,000 orang dari kem pendatang sementara berhampiran stesen kereta api metro di Paris untuk kali ketiga dalam tempoh tiga bulan.

Sejurus jam 6 pagi, penghuni yang tidur di dalam khemah di stesen Stalingrad, utara Paris, mula menaiki bas dengan kira-kira 1,350 dibawa ke pusat pemindahan disediakan.

Warga Afghanistan, Moustafa, 24, berkata: “Kami tidak kisah berpindah. Di sini kami melihat pergaduhan hampir setiap malam.”

Rakannya, Abdullah berharap dapat tinggal lebih lama di Paris selepas putus harapan untuk ke Britain.

Hampir 80,000 orang memohon suaka di Perancis pada 2015.

Kem pendatang utama digelar ‘Jungle’ di Calais kini dilaporkan mempunyai 5,000 penghuni. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2016 @ 9:28 AM