AZMIL menerima kunjungan ADUN Kuah, Nor Saidi Nanyan (tengah) dan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad di wad Hospital Langkawi, hari ini. FOTO Hamzah Osman
AZMIL menerima kunjungan ADUN Kuah, Nor Saidi Nanyan (tengah) dan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad di wad Hospital Langkawi, hari ini. FOTO Hamzah Osman
Hamzah Osman

Langkawi: Pelakon popular era 80-an dan kini bergelar pendakwah bebas, Azmil Mustapha, 63, dimasukkan ke Hospital Langkawi (HL), hari ini.

Dia dilaporkan sesak nafas dan lemah anggota badan dipercayai ada kaitan dengan sakit jantung yang dihidapinya.

Azmil dikejarkan ke HL selepas ditemui lemah dan menggigil di bilik penginapannya.

Azmil tiba di Langkawi sejak empat hari lalu untuk menyampaikan siri ceramah agama di beberapa surau termasuk di Kampung Lubuk Setol, Bayas dan Kedawang.

Azmil berkata, dia pada mulanya hanya dirawat unit rawatan kecemasan HL, kira-kira 1 pagi.

Bagaimanapun, katanya, dia dibenarkan keluar wad pada kira-kira 4 pagi.

"Bagaimanapun, kira-kira 12 jam kemudian, saya terpaksa dihantar sekali lagi ke sini (HL) selepas sesak nafas dan badan menggeletar ketika di bilik penginapan.

"Sekarang keadaan (kesihatan) kembali stabil tetapi doktor beritahu saya mungkin perlu dirawat sehari lagi," katanya.

Dia ditemui selepas menerima kunjungan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan.

1. Pelakon Azmil Mustapha, 63, menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah, Nor Saidi Nanyan(tengah) dan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad di wad Hospital Langkawi, sebentar tadi. STR/Hamzah Osman

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mei 2016 @ 10:03 PM