AZMIL Mustapha ketika menyampaikan ceramah pada 2011. FOTO arkib NSTPMohd Fadli Hamzah
AZMIL Mustapha ketika menyampaikan ceramah pada 2011. FOTO arkib NSTPMohd Fadli Hamzah
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Pelakon popular era 1980-an, Azmil Mustapha, 63, kini kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Putrajaya selepas mengadu sesak nafas, awal pagi semalam.

Adik bongsunya, Aziph Mustapha, 47, ketika dihubungi berkata, abangnya mengadu sesak nafas awal pagi semalam sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya kira-kira 4 pagi.

“Selepas menerima rawatan di unit kecemasan, doktor memindahkannya ke CCU pada 9.10 pagi semalam.

"Ketika itu, keadaan abang masih stabil. Namun, petang semalam doktor menghubungi saya dan meminta semua anggota keluarga hadir. Ketika itu dia sudah tidak sedarkan diri dan terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan," katanya.

Aziph berkata, doktor memaklumkan paru-paru abangnya dipenuhi air menyebabkannya tersumbat.

Azmil yang popular menerusi filem Mekanik, Ali Setan dan Suara Kekasih pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 2010.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2016 @ 1:48 PM