CALON BN DUN Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman. FOTO Muhd Zaaba Zajerua
CALON BN DUN Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman. FOTO Muhd Zaaba Zajerua
Yusmizal Dolah Aling


Petra Jaya: "Saya yakin Fazzruddin mampu untuk teruskan usaha yang dilakukan Datuk Daud dengan beri khidmat bakti yang sangat baik kepada peduduk Tupong," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau memberikan keyakinan itu dan menyifatkan calon BN DUN N6 Tupong, Fazzruddin Abdul Rahman sebagai orang muda yang bertenaga dan dia adalah calon paling tepat diketengahkan di kawasan itu.

Oleh itu katanya, pengundi di kawasan DUN Tupong perlu memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada calon BN itu bagi membolehkan kesinambungan manfaat dibawa kerajan persekutuan selepas ini.

"Saya yakin Fazzruddin boleh menang kerana dia juga ada pengalaman sebagai Setiausaha Politik Datuk Seri Fadilah tapi tuan-tuan kena pastikan kita menang. Barulah ada peruntukan untuk bantu selesaikan masalah di kawasan Tupong ini.

"Sama ada kita mahu kerajaan yang secara inklusif yang membawa pembangunan yang mensejahterakan rakyat, sama ada kita mahu kerajaan yang ada kerjasama baik dengan kerajaan pusat dan sama ada kita mahu kerajaan yang membawa Sarawak ke peringkat lebih tinggi lagi," katanya pada Majlis PM bersama Jentera PRN DUN N6 Tupong yang turut dihadiri Fazzruddin, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Daud Abdul Rahman.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2016 @ 10:20 PM