Bekas Menteri Muda Hal Ehwal Islam Sarawak Datuk Daud Abdul Rahman.
Bekas Menteri Muda Hal Ehwal Islam Sarawak Datuk Daud Abdul Rahman.
Ekhwan Haque Fazlul Haque


BEKAS Menteri Muda Hal Ehwal Islam Sarawak Datuk Daud Abdul Rahman meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuching, petang ini dipercayai akibat angin ahmar.

Difahamkan, Allahyarham Daud, 66, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan jam 4.35 petang.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Laruh Skim, Petra Jaya petang ini.

Allahyarham mula menjadi ADUN Tupong sejak 1991 selama lima penggal sebelum tempatnya digantikan Fazzruddin Abdul Rahman dalam Pilihan Raya Negeri tahun lalu.

Ketika hayatnya, Allahyarham bagaimanapun mengambil keputusan untuk bersara daripada bidang politik dan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri atas faktor kesihatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Julai 2017 @ 6:02 PM