Nurul Hidayah Bahaudin


Kuching: Pusat mengundi awal di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dibuka, jam 7.30 pagi tadi.

Seramai 872 pengundi terdiri daripada pegawai dan anggota polis berserta pasangan mengundi awal di IPK Sarawak, hari ini.

Pengundi di pusat ini membabitkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, Tupong dan Samariang.

Suasana hari pengundian awal Pilihan Raya Ke-12 PRN Sarawak di Ibu Pejabat Polis Sarawak bagi kawasan N6 Tupong, N7 Semariang dan N8 Satok di Mess Pegawai Jalan Badruddin Kuching. FOTO NADIM BOKHARI
Suasana hari pengundian awal Pilihan Raya Ke-12 PRN Sarawak di Ibu Pejabat Polis Sarawak bagi kawasan N6 Tupong, N7 Semariang dan N8 Satok di Mess Pegawai Jalan Badruddin Kuching. FOTO NADIM BOKHARI

Empat saluran undi disediakan bagi ketiga-tiga DUN berkenaan di pusat mengundi terbabit.

Terdapat khemah disediakan untuk petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memakai set pakaian perlindungan diri (PPE) bagi individu bergejala.

Terdahulu, petugas KKM dilihat melakukan sanitasi di pusat mengundi berkenaan kira-kira jam 6 pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Disember 2021 @ 9:52 AM