Cheah (kiri) dan Chi (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, pagi tadi. FOTO Zulaikha Zainuzman
Cheah (kiri) dan Chi (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, pagi tadi. FOTO Zulaikha Zainuzman
Shamsul Munir Safini

Bukit Mertajam: Pasangan kekasih didakwa atas tiga pertuduhan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah jenis ganja,ketamin dan syabu bernilai RM45,000 di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, pagi tadi.

Kedua-dua tertuduh, Cheah Sun Nee,34 dan Chi Shujiao,24, dituduh mengedar dan memproses dadah di kondominium di Jalan Lestari, Prai, 13 April lalu.

Berdasarkan ketiga-tiga pertuduhan, kedua- dua tertuduh dituduh memiliki dan memproses dadah jenis ganja seberat 314.4 gram(g),ketamin 658.9 g dan 51.4 g dadah jenis methamphetamine.

Cheah dan Chi mengangguk faham selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di dalam bahasa Mandarin.

Makistret Diannee Ningrad Nor Azahar kemudian menetapkan 27 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan laporan kimia.

Pertuduhan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Kamaliza Md Zin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 April 2016 @ 1:03 PM