Rusli (tengah) bersama anggotanya menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan di kondominium ketika sidang media di Ibu Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda, Bukit Mertajam. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal

Azma Razana Johari

Bukit Mertajam: Lelaki tempatan dan wanita warganegara China ditahan di kondominium di Prai, Rabu lalu kerana disyaki mengedar dadah.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, nilai rampasan pelbagai jenis dadah itu dianggarkan RM45,000.

Katanya, antara dadah yang dirampas ialah ketamin, ganja, syabu dan peralatan memproses dadah.

"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

"Lelaki berusia 34 tahun dan wanita berusia 24 tahun itu ditahan direman sehingga 20 April ini," katanya pada sidang media hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 April 2016 @ 5:00 PM