Seorang pekerja minum air ketika cuaca panas di sebuah pasar Chandigarh, India. - Foto REUTERS
Seorang pekerja minum air ketika cuaca panas di sebuah pasar Chandigarh, India. - Foto REUTERS
Reuters

Bhubaneswar, India/Karachi, Pakistan:

Lebih 100 orang mati akibat cuaca panas melampau di India yang memaksa sekolah ditutup dan kerja luar, termasuk pembinaan dihentikan.

Pakistan yang mengalami cuaca panas paling teruk dalam tempoh sedekad, merancang menyediakan 500 pusat kecemasan bagi menyediakan perlindungan dan air kepada orang ramai jika keadaan semakin buruk. Setakat ini belum ada sebarang kematian di Pakistan.

Cuaca panas tertinggi di India ialah Mei dan Jun namun sesetengah negeri sudah mencatat suhu melebihi 40 darjah selsius.

Di Telangana, selatan India, 45 kematian di laporkan, 17 lagi di Andhra Pradesh serta 43 kematian direkod di Odisha.

Pengarah Jabatan Meteorologi India, Y K Reddy, berkata pihaknya bimbang kematian meningkat di Telangana yang mencatat suhu terpanas sejak 2006

Sekolah di negeri itu sudah dua minggu ditutup manakala Odisha mengarahkan sekolah ditutup sehingga 26 April serta melarang kerja pembinaan di luar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 April 2016 @ 6:25 PM