RANGKAIAN produk kulit Cetaphil.
RANGKAIAN produk kulit Cetaphil.
Ekzema digunakan sebagai satu istilah umum untuk pelbagai masalah keradangan kulit (dermatitis) dan ruam alahan kulit.
Ekzema digunakan sebagai satu istilah umum untuk pelbagai masalah keradangan kulit (dermatitis) dan ruam alahan kulit.
Hidayatul Akmal Ahmad


Perubahan iklim, pencemaran udara, genetik serta pemakanan antara penyumbang terhadap kulit sensitif. Bukan hanya kepada wanita, golongan lelaki juga tidak terkecuali.

Memiliki kulit sensitif adalah perkara yang merisaukan dan ia agak ‘remeh’ dari segi penjagaannya. Kulit sensitif bermaksud lapisan epidermis kulit anda mengandungi lapisan sel mati antara lapisan dalaman dan luaran di wajah.

Ia juga bermaksud kulit yang mengalami masalah menjadi kering, gatal, bersisik, kemerahan dan kasar, hingga menjurus kepada masalah kulit lain seperti jerawat atau akne.

Pakar Dermatologi Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dr Mazlin Baseri, berkata masalah kulit sensitif adalah perkara biasa. Bagaimanapun kadangkala boleh menimbulkan ketidakselesaan yang berlebihan seperti gatal, rasa pedih apatah lagi selepas menggunakan produk kosmetik.

“Lazimnya mereka yang mempunyai masalah kulit sering menghidap ekzema. Ekzema digunakan sebagai satu istilah umum untuk pelbagai masalah keradangan kulit (dermatitis) dan ruam alahan kulit.

“Ia menyebabkan kulit menjadi gatal, berkerak, bersisik atau melepuh. Rawatan biasa digunakan ialah menyapu krim anti-keradangan.

“Paling membimbangkan apabila ia berlaku kepada kanak-kanak dan bilangan itu semakin tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis kerjasama antara Galderma yang mengeluarkan produk penjagaan kulit sensitif, Cetaphil, bersama rangkaian farmasi Watsons Malaysia, untuk memasarkan produk bagi kategori penjagaan kulit sensitif.

Turut hadir, Pengarah Bersekutu Rantau Galderma Asia Tenggara, Jean-Sebastien Ricard dan Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia, Caryn Loh.

Menurutnya, masalah kulit sensitif adalah perkara biasa. Bagaimanapun, kadangkala boleh menimbulkan ketidakselesaan yang berlebihan seperti gatal dan rasa pedih apatah lagi selepas menggunakan produk kosmetik.

“Individu yang mempunyai masalah kulit sensitif dinasihatkan memilih produk yang lembut dan bebas haruman ataupun sodium lauryl sulfat (SLS) yang biasanya terkandung dalam syampu, sabun mandi, pencuci pinggan dan baju serta pencuci kereta.

“Ini kerana, SLS atau haruman boleh mengganggu keseimbangan kulit dan memulakan masalah kulit sensitif. Selain itu, bukan semua produk sesuai dengan kulit seseorang kerana ada juga krim akne boleh menyebabkan masalah jerawat menjadi lebih teruk kerana ia menyumbat liang roma,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai masalah kulit supaya memilih produk yang tepat bagi mengelakkan masalah kulit bertambah teruk.

“Misalnya kalau kulit berminyak, jangan guna pelembap yang berminyak, tetapi pilih jenis losen kerana ia memiliki asas air dan tidak menyekat liang roma.

“Sebaliknya jika memiliki kulit kering, pilih pelembap jenis krim yang berminyak, tetapi jika anda mempunyai kulit yang terlalu kering, pilih krim yang lebih berminyak,” katanya.

Sementara itu, Ricard berkata, produk terbaru penjagaan kulit sensitif Cetaphil sudah dilancarkan di Amerika Syarikat dan kini boleh didapati di semua rangkaian Watsons Malaysia seluruh negara.

Katanya, sebagai syarikat yang menghasilkan produk penjagaan kulit sensitif, pihaknya sentiasa berusaha membawa produk baru ke pasaran mengikut semua kategori usia, jenis kulit dan sesuai untuk lelaki dan wanita.

“Kami menyasarkan untuk menyediakan kemudahan kepada pengguna yang mengalami masalah kulit sensitif dengan menyediakan lebih daripada enam kategori jenama produk penjagaan diri sensitif bagi menyelesaikan masalah kulit dan meningkatkan keyakinan pengguna,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 April 2016 @ 5:00 AM