PERLU menyapu pelembap bagi mengekalkan keremajaan kulit.
PERLU menyapu pelembap bagi mengekalkan keremajaan kulit.
Nurul Husna Mahmud


KULIT yang sihat dan kekal muda adalah hasil rutin penjagaan kulit yang konsisten serta lengkap setiap hari.

Tidak hanya membasuh muka, kulit yang kekal awet muda turut memerlukan pelembap bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik.

Namun tidak ramai mengamalkan rutin mengenakan pelembap kerana tidak selesa dengan tekstur produk penjagaan kulit itu yang berminyak.

Tetapi, perlu diketahui orang ramai, tekstur berminyak itu yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. Berikut dikongsikan lima kebaikan pelembap pada kulit:

1. Pelembap mengurangkan kemungkinan masalah kulit

Penggunaan jenis pelembap yang sesuai untuk kulit boleh membantu mengekalkan keseimbangannya.

Apabila kulit terlalu kering atau terlalu berminyak, banyak masalah kulit biasa seperti jerawat mula timbul.

Menurut Pakar Dermatologi Dr Ted Lain, jika kulit cenderung berminyak anda perlu menggunakan losen dan bukan produk pelembap berasaskan krim. Pilihan lain mencari pelembap yang mengandungi bahan pengelupasan.

Bagi kulit jenis kering, cari tekstur pelembap memiliki tekstur krim kerana mempunyai kandungan minyak yang lebih tinggi.

2. Pelembap boleh mengurangkan kesan kecacatan lain

Kulit baru dan memiliki kelembapan akan memberi kilauan semula jadi yang sihat. Secara tidak langsung ia boleh 'mengaburi' sebarang cela yang ada.

Sesetengah pelembap mempunyai beberapa warna atau tona.

PERSEKITARAN termasuk cuaca panas menyebabkan perlu mengenakan pelembap.
PERSEKITARAN termasuk cuaca panas menyebabkan perlu mengenakan pelembap.

3. Pelembap membantu kulit kekal muda

Bahagian kulit yang paling sensitif seperti muka, telinga, leher dan dada adalah bahagian kulit lebih nipis berbanding bahagian lain. Jadi, ia kerap (salin) kulit.

Kehilangan sel kulit setiap hari ini menyebabkan bahagian kulit terbabit terdedah kepada kekeringan dan faktor persekitaran selain ia adalah bahagian yang paling berisiko untuk kanser kulit.

Pelembap boleh membantu memberikan kulit sensitif rangsangan yang diperlukan untuk membaiki dirinya dan kekal sihat.

4. Pelembap melawan kedutan

Rasa kulit 'menggebu' dan tegang di wajah selepas mengenakan pelembap bukan ilusi.

Menurut British Journal of Dermatology, orang yang melembapkan kulit pada kadar sepatutnya hanya memiliki kadar kedutan kecil berbanding golongan yang memiliki kulit kering.

5. Pelembap membantu mengurangkan komplikasi mandian air panas

Suatu yang cukup selesa apabila dapat mandi air panas selepas penat seharian dengan urusan harian.

Di sebalik kebaikan mandian panas dapat memberi ketenangan, ia mempunyai kesan buruk terhadap kulit iaitu menyingkirkan kelembapan kulit.

Oleskan pelembap bagi mengembalikan kelembapan kulit dan rasa lebih segar selepas mandi.

Pastikan anda memilih pelembap yang sesuai untuk kulit anda.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Julai 2022 @ 6:17 AM