BADRUL (kiri) merasmikan Sesi Taklimat Pengurusan Tempat Letak Kereta. FOTO Redzuan Muharam
BADRUL (kiri) merasmikan Sesi Taklimat Pengurusan Tempat Letak Kereta. FOTO Redzuan Muharam
Redzuan Muharam


Johor Bahru: Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negara ini yang akan melaksanakan sistem letak kenderaan berasaskan kaedah pembayaran dan penguatkuasaan pintar bermula 1 Mei depan.

Yang Dipertua MPJBT, Dr Badrul Hisham Kassim berkata, sistem hasil inovasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu mesra pengguna kerana memerlukan penggunanya memuat turun aplikasi SMSparkir.

"Melalui sistem ini orang ramai hanya perlu memuat turun aplikasi SMSParkir di Google Playstore atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) jika mahu meletak kenderaan," katanya.

Menurut Dr Badrul, sebanyak 30,000 ruang letak kereta dikhaskan bagi pelaksanaan sistem berkenaan dan 11,500 daripadanya khusus untuk empat taman perumahan yang dipilih menjadi fasa pertama SMSParkir.

Dr Badrul berkata, penggunaan kupon masih sah walaupun selepas pengenalan sistem berkenaan.

Beliau berkata, demikian pada Sesi Taklimat Pengurusan Tempat Letak Kereta MPJBT di Dewan MPJBT di sini pagi ini.

Berita berkaitan

  • Penyelidik UTM cipta sistem SMSParkir
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2016 @ 3:52 PM